Tentang LiteraCity
Kota seperti apa yang akan dibina melalui sastera?
LiteraCity dengan frasa “membina kota dengan kata” merupakan sebuah projek pemetaan budaya dan sastera Kuala Lumpur dari tahun 1970-an sehingga sekarang. Projek LiteraCity bertujuan memercik imaginasi dan realiti kota yang rencam dari sudut pandang sastera dalam melihat persoalan sosial, politik serta ekonomi dalam menyoroti “pembangunan” kota Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah kota yang pesat membangun, projek LiteraCity membuka ruang diskusi yang tidak konvensional khususnya dalam mencabar idea-idea pembangunan yang sering meminggirkan dimensi manusiawinya dalam usaha membentuk kota yang lebih saksama.Ketajaman serta kehalusan karya-karya sastera yang dipilih meliputi bentuk novel, cerpen, drama serta puisi sekaligus membedah persoalan-persoalan perihal Kuala Lumpur dengan meletakkan persoalan manusia dan alam sebagai teras dalam idea-idea pembangunan bandar.
Justeru, melalui LiteraCity, kita dapat melihat proses pembangunan Kuala Lumpur bukan sahaja sekadar berlatarbelakangkan faktor masa dan ruang, sebaliknya turut meliputi segenap peristiwa dan tempat yang “mematangkannya” sebagai sebuah kota melalui kata.
About LiteraCity
What kind of city are we going to build through literature?
LiteraCity, with the phrase “to build the city with words” is a Kuala Lumpur literature based text and cultural mapping focusing from 1970 to contemporary times. LiteraCity is focused to spark diverse imagination and reality of the city from the lenses of literature to question of social, politics and economic surrounding Kuala Lumpur’s ideas of “development”.
As a rapidly developing city, LiteraCity opens up space for unconventional discussions to take place in order to argue the developmental ideas of the city which seems to always neglect its human dimension in order to shape
a more egalitarian city. The sharpness and delicacy of the selected literature texts comprises of novel, short story, drama and poem indirectly dissects the logical structure of Kuala Lumpur development by putting human and nature as the idea and basis for urban development.
Hence, through LiteraCity, we outline Kuala Lumpur’s development process not merely from the factor of time and space setting, but covering the many events and location as a “maturing” factor for the city to be built with
words.
Tentang Kami
Ridhwan Saidi pengarang kepada enam novel dan satu buku puisi. Selain minat mendalam terhadap sastera dan bahasa, graduan arsitektur ini turut melibatkan diri di dalam pembikinan filem pendek, fotografi dan senilukis catan. Beliau pernah mewakili Malaysia ke Miami International Film Festival 2011 bagi filpen SKODENG dan juga menjadi wakil Malaysia bagi program residensi ASEAN Literary Festival 2016 di Jakarta. Novelnya AMERIKA sedang dalam proses terjemahan ke bahasa Inggeris manakala novel STEREO GENMAI sedang dalam proses adaptasi ke filem cereka.
Nurul Aizam mengendalikan Moka Mocha Ink, sebuah penerbitan alternatif lokal yang memberi fokus terhadap penerbitan karya-karya fiksyen alternatif. Editor buku foto NOORZINE (kini sedang berhibernasi), antologi yang menghimpunkan foto-foto dari lensa fotografer tempatan. Pernah mengarahkan filem pendek Sunat The Musical untuk KL48HFP 2011 dan memenangi Audience Choice Awards.
Zikri Rahman merupakan penggerak Buku Jalanan; sebuah gerakan pustaka terbuka di ruang awam dalam menggalakkan literasi kebudayaan bermula di Shah Alam. Selain itu, beliau juga merupakan pengarah festival Idearaya, sebuah festival idea dalam meraikan gerakan masyarakat, aktivis akar umbi serta ahli akademik seputar Asia Tenggara. Merupakan seorang penulis dan podcaster untuk beberapa portal atas talian seperti Projek Dialog, Jalan Telawi dan Roket Kini. Kini giat menjalankan beberapa aktiviti penterjemahan bahan baca sastera dan sosio-politik.